Makcik sakit..

Cerita 5

 Entah kenapa hari saya semangat sangat nak pergi kerja. Walaupun study or preparataion tak buat pun. Tak apa semangat dulu barau usaha ( ha..pandai la..). Macam biasa, hari itu, di ward 7 B. Ward medical female. Nak tahu tak ,benda yang paling saya tak suka buat adalah observation, bedpen dan seangkatan dengannya. Kalau ada staff nurse yang suruh saya buat, kalau saya mampu lari..saya akan cari alas an. Tapi, kalau dah tak boleh ..terpaksalah saya buat juga.

Mesti pelikkan kenapa saya tidak suka ambil observation. Salah satunya sebab kena pakai stethoscope..Saya tidak selesa apabila kena sumbat dalam tudung. Silap-silap Nampak rambut. Paling syaa tidak suka. Seksi.Tapi, apa boleh buat…kena buat juga.

Hari itu, saya mundar mandir satu ward, macam tak ada keje..Walau pada hakikatnya  kerja banyak.Tapi saya tidak tahu nak buat. So,berjalanlah… dari hujung ward ke hujung ward lain ..jadi mandur. Silap-silap tolong staff nurse tarik katil-tolak katil..Tu la.. kerja  kami yang masih kurang ilmu di dada ni. Tapi ada bestnya buat kerja itu. Memang best kalau kita enjoy, even di mata orang lain benda itu tidak best mana pun.

 Tiba-tiba kakak staff nurse panggil saya yang duk rancak berbual dengan seorang mak cik selaku patient dalam ward tu. Saya mengekori nurse tu…

“Dik awak teman saya gi tolak katil ni… tu pakcik tu  nak naik katil tu.Mabil selipar dia letak katil dia. Nnati hilang pulak…” Arahan dari kakakstaff nurse ti bertubi-tubi. Dan saya adalah seorag yang patuh.. maka dengan semangatnya mengikut setiap arahan. Lagipun, kakak tu pandai ambil hati…suruh tidak ada la suruh dengan dengan nada yang garang macam sesetengah nurse..tapi dengansenyuman dan kasih saying sebagai seorang senior.. Baru betul…

“Pak cik naik cepat.” Arah saya pada pak cik tu supaya naik katil, memandangkan dia boleh bergerak dna berjalan. Pak cik tu senyum pada saya yang tak comel ni…Saya senyum balik. Hehe…(apa maksudnya??..ntah!!)

Sesampainya,di unit hemodialysis, kami masuk ke dlaam bilik neurologi. Belum lagi kami tolak pintu, tiba-tiba doctor keluar dan tolong tarik pintu tu.. Dia senyum kat saya lagi..Saya agak peli, kenapa semua orang yang saya jumpa hari ini adalah orang-orang manis dan ikhlas belaka?? Pelik… Tapi, tanpa menunujukkan muka pelik saya senyum balik dekat doctor  itu. (Jangan salah faham,dia dah tua.. sebaya dengan pak cik saya kot).

“Dik tolong kakak tu change katil….” Arah doctor tadi. Saya yang menurut perintah dengan pantasnya masukke bilik dan meolog seorang mak cik yang juga dari ward saya. Dia menagis…saya pelik.. kenapa???

Tanpa bertanya, saya tolak sahaja kerusi roda itu dan parking di kerusi luar ayng tidak ada orang. Saya tunggu staff nurse ambil laporan, sementar pakcik itu pula yang masuk buat procedure.

Dengan berani saya pegang kerusi sisi mak cik.

“Mak cik kenapa nangis??”Tanya saya. Dia masih lagi nangis. Pantas sahaja dia mengelap air matanya dengan tuala yang berada ditengkok. Saya lihat kedua belah tengkoknya seolah ditebuk dan dibuat procedure tertentu.. saya dapat mengagak kenapa mak cik itu menagis. Dia sakit…

“Mak cik, sabar banyak-banyak ye…”

“Mek ..mek tidak tahu…sakit…sakit…lama dah makcik sakit…” Air matanya lajumengalir…saya terharu (ish kan saya pulak yang menagisnya..jangan-jangan,  nurse mesti kuat). Staff nurse berada di kaunter melihat lakonan kami.

“Makcik, kuat…sabar mak cik..” Dia menyamput dari kaunter.

“Mak cik, ingat Allah banyak-banyak.. Allah saying ma cik ni. Mak cik beruntung kerana Allah uji mak cik dengan kesakitan. Sebab dengan sakitnya dosa-dosa mak cik terhapus. Sedangkan orang sihat macam saya ni terus lalai dari Dia… Makcik sabar ye…Ramai lagi orang lain yang lebih sakit dari mak cik..sabar ye ak cik” Nasihat saya. Staff nurse tengok pada saya. (salah ke ayat-ayat saya tadi??). Makcik itu pantas mengesat air matanya smabil mulutnya beristighfar. Dia sedar,… tapi mungkin kesakitan yang menyebabkan dial alai seketika.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.