Begitu cepat masa berlalu. Rasa bagai semalam baru bangun dari mimpi dan impian tetapi hari ini seharusnya berjuang dan mengembara tanpa menoleh lagi kebelakang. Masa berlalu tanpa menunggu diri sama ada sedia atau tidak. Yang tidak bersedia akan tertinggal dibelakang dan terus tenggelamm sekiranya tiada usaha yang melonjakknya ke hadapan. Tetapi bagi insan yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mendapani pasti akan lebih tenang.
Itulah kita, terkadang kita terasa amat payah dan berat sekali untuk menunggu hari esok. Terasa takut untuk menanti pancaran sinar pagi yang pastinya kita yakin sang mentari akan terus memancarkan cahaya yang terkadang memedihkan mata kita. Terutama pabila kita melihat kearahnya. Tetapi disebalik itu, cahaya itu adalah kehidupan bagi tumbuhan hatta pada diri kita sendiri. Hakikatnya, hati kita kerap kali buta untuk melihat setiap perjalanan yang Allah aturkan itu amat hebat. Sehingga, tiada sesiapapun yang dizalimi.Walau makhluk itu, kerap kali mendurhakai Pencipta yang Agung. Namun, kasihnya pencipta pada semua makhlukNya mengatasi segala. Segalanya dilimpahi dengan curahan cinta dan lautan kasih sayang yang tidak pernah kering,walau terselit derita. Derita bukanlah mahu menghukum, tetapi kifarah dosa untuk bekal menemuiNya dalam keadaan suci dari noda dan dosa.
Saya selaku seorang pelajar meneruskan tugasan harian yang begitu banyak terbeban dipundak ini. Terkadang terasa amat berat sekali. Sehingga berat hati ini mahu menduga, kaku kaki ini untuk melangkah, mata kepedihan menahan aliran air mata, badan sakit seluruhnya..tetapi, jauh disudut hati yang kecil berkata.Kesakitan ini tidaklah lama, kepayahan ini tidaklah sesusah Sang Rasul suatu ketika dahulu, apalah sangat usaha dan penorbanan ini..apalah sangat kesakitan ini jika mahu dibandingkan dengan siksa dan azab neraka. Jika kesakitan ini, kepayahan ini, tangisan ini, dukanya hati sebegini sebagai kifarah dosa..betapa ringannya. Apatah lagi berkorbannya diri bukanlah sehebat berkorbannya Rabiatul Adawiayah membuktikan cintanya pada ALLAH.Bukanlah sehebat Amru bin Jamuh bercita-cita telinga dan hidungnya dipotong musuh sebagai saksi untuk bertemu dengan Allah.. Namun, tertanya kembali, apa pengorbanan ku sebenarnya?
Mahu bersengkang mata bermunajat padaNya amat payah sekali. Merasai kelazatan disepertiga malam, jarang sekali.. Mahu menahan nafsu makan,pakai.. sering sahaja tewas. Nafsu tidur yang bermaharaja lela…segala-galanya tidak jelas, apa sebenarnya pengorbanan diri pada Allah.
Ya Allah, terasa kerdil sekali diri ini. Terasa jauh sekali mahu menggapai cintaMu. Terasa amat tidak layak sekali mendambakan cintaMu. Tapi, Ya Allah,pada siapa lagi yang mengerti dan memahami hati kecil ini selainMU? Pada siapa lagi yang mampu menolongku selainMU? Kepada siapa lagi harus ku sandarkan hati dan harapan ini selain dari Mu? Dengan itu Ya Allah… walau seburukmana diri ku ini,janganlah engkau biarkan ku sendirian… jangan biar aku terjun ke dalam lubang neraka. Selamatkanlah aku sebagaimana yang pernah Engkau pernah selamatkan ku suatu ketika dahulu. Ya ALLAH….Temukanlah cintaMu padaku…Ku mengharap Ya Allah…
“wa kafa billahi waliyyan, wa kafa billahi shahida, wa kafa billahi nashiro”
Mencari redha Allah…
3 Mar
Merenung seketika..
Advertisement