Mak rempit terlantar…

 

 Terasa boring juga petang itu, saya mundar-mandir disekeliling meja pesakit membelek folder mereka. Dalam otak sebenarnya kosong, nak tengok kes mereka pun sebenarnya nak tidak ada mood pun.  Balek-balek pun sebab takut  staff nurse tengok student UIA ni pemalas pulak.( Astaghfirullah,hipokrit pulak..susahnya nak ikhlas..)

 Ditambah pula melihat tulisan doctor yang kebanyaknnya susah nak faham. Tetapi, mata ini tidak ketinggalan menjeling  kearah  katil seorang pesakit. Nampak masih lagi muda. Mungkin sebaya dengan saya atau senagkatandengannya. Disisinya ada dua orang gadis yang setia menanti. Seorang manis tersenyum melihat para nurse, tetapi seorang lagi masam mencuka. Saya sengaja menghampiri mejanya ,lalu membelek folder kes pesakit itu. Pesakit lelaki itu terlantar dengan keadaan kaki kanannya yang terdedah. Ada kesan goresan yang besar. Saya dah dapat agak, tentu lelaki ini terlibat dalam kemalangan. Ditambah pula folder kesnya yang berwarna merah.

                Dia tersenyum-senyum apabila saya melihat foldernya. Pantas tangan saya melihat historynya. Terkejut juga lihat umurnya baru 17 tahun(Muda lagi dari saya..) Terlibat dengan kemalangan kerana di bawah pengaruh alcohol. Saya menghela nafas panjang. Saya mengangkat muka melihatnya. Dia masih lagi tersenyum lagi membariskan gigi kerangnya.

                “Kak , berapa tahun lagi belajar? Akak jadi doctor eh?”.Modal dia memancing.Saya tersenyum kelat.(bagaimana agaknya ya..tersenyum kelat??).Memang sudah menjadi kebiasaan dengan soalan sebegitu memandangkan baju kami sedikit berbeza dengan baju nurse KKM. Ramai juga yang menyangka kami ini doctor pelatih. Tak kurang juga yang menyangka kami ni students Petronas memandangkan seluar kami sama warna dengan warna pertronas.Tapi kami tak kisah pun.

                “Lambat lagi. Akak bukan doctor, akak nurse.”Simple sahaja jawapan. Nanti melalak jauh pula.

                “Tu siapa? Adik?”Saya cuba melihat dia dari sudut lain.

                “Yang tu adik saya.. Ni makwe saya.” Tangannya menunding kearah adiknya yang berada dihujung katil sebelah. Adiknya senyum kepada saya. Saya balas.Manakala perempuan yang di dakwanya itu kekasih hanya diam seakan mengiakan kenyataan lelaki itu.Memang dia masam mencuka. Tercuit juga hati saya melihat dia.. entahlah.. begitu setia untuk seorang lelaki yang masih lagi belum bergelar suami..

                “Kak, dia ni.. tak berapa elok mood.. nak datang bulan kot?”Tergelak-gelak dia. Saya hanya tersenyum dan seraya itu perempuan itu pantas mencubitnya. Dia ketawa lagi. Saya terdiam. Mesra sekali. Menjaga seorang lelaki bagaikan suami sendiri. Pedih juga hati ini melihat. Entah lah.. mungkin sayu pun ada… apa lah agaknya, jika semua remaja sebegini. Mana perginya nilai agama? Mana norma kehidupan ketimuran? Mana ibubapa mereka? Mana didikan mereka?  Soalan yang tiada jawapan.

                Dalam masa yang sama, hatiku bergetar. Macam mana nak dakwah ni? Takkan tengok sahaja.. Mahu saja saya pergi dekat dan Tanya.. “Dik tak takut api neraka ke? Dok pegang-pegang macam tu..” Tapi.. tak buat pun.. Macam -macam perasaan yang berperang dalam hati ini. Macam-macam konsikuensi yang di jangka. Takut kena herdik la… Ya Allah.. tak da kekuatan lagi ni.

                Hari itu, rasa sedih sangat sebab tak mampu nak dakwah adik tu. Tetapi, siapa yang patut dipersalahkan? Mereka sendiri? Ibubapa mereka? Kerajaa? Atau saya sebab tak buat dakwah? Kalua semua orang buat dakwah.. kalau semua orang ambil peduli, takkan ada lagi generasi seperti ini. Tapi, bila semua itu akan terjadi?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: