Untuk apa nafas ini dihembus?

Hidup kita ini sebenarnya untuk apa? Tanya hati kecil . Hanya sekadar hidupkah? Menghabiskan sisa-sisa waktu menunggu hari tua..atau kita ini punyai misi dan visi dalam setiap nafas yang kita hela?Sewaktu dalam kesungguhan kita meneruskan hidup yang penuh dengan cabaran ini, rupanya masih ramai antara kita dan teman-teman kita masih belum tahu dan memahami kenapa kita diciptakan. Bagi yang belum tahu wajarlah kita memberitahu mereka, tetapi bagaimana pula bagi yang sudah tahu? Ada juga yang sudah tahu tetapi tidak memahaminya.., jika mereka memahami pastilah mereka akan mengamalkannya dalam setiap kehidupan mereka.

Allah berfirman:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “ Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia: Maha suci engkau, lindungilah kami dari azab neraka.” (3:190-191)

Tiada satu pun penciptaan Allah dimuka bumi ini tanpa tujuan dan matlamat. Setiap satunya memiliki amanah yang besar yang dikurniakan Allah pada mereka. Bagi sesetengah insan, amanah dirasakan tanggungjawab yang cukup berat (ya, sememangnya berat). Kerana , pada suatu masa amanah itu akan dipersoalkan dan diadili di mahkamah Allah. Tetapi, ajaibnya seorang mukmin yang memiliki pencerahan iman, amanah itu dilihat sebagai satu sentuhan cinta dari Allah. Kerana dengan amanah itu, dia mampu mendekatkan diri dengan Allah,membangun potensi diri serta merasai betapa manisnya saat diuji dan ditarbiah oleh Allah semasa menunaikan amanah tersebut. Hebatkan?

Tetapi, berapa ramaikah insan yang mampu berfikir begitu.

Ingin sekali berkongsi pengalaman semasa didalam ward.Kalau sebelum ini, saya memang tidak suka membuat bedpen “mencuci najis, memandikan”. Kerana sebab utama, saya tidak tahan dengan bau yang busuk itu. Tekak saya akan kembang dan mata akan berair. Silap-silap saya boleh muntah depan pesakit. Tetapi, hati kecil saya sering memujuk.. “ lakukan dengan ikhlas”. Biar manusia nampak, kerja nurse kerja kotor, basuh punggung orang, etc..(stigma masyarakat). Tetapi, betapa besarnya nilai itu disisi Allah bukan?

Dengan semangat itulah, saya mampu bertahan sehingga saya selesai menunaikan amanah itu. Mereka semua pesakit saya yang ‘mesti’ saya jaga.Tidak diduga, Allah akan menguji keikhlasan hati kita dengan bermacam-macam cara. Contohnya, pesakit saya mengada-ngada, suruh gosok disitu, disini, padahal dia mampu berbuat sendiri. Pada masa itu, perasaan mual menyelubungi diri, dengan tidak tahan baunya, banyak cakapnya, keadaan yang panas (tutup kipas).. saya berhenti sejenak. Keluar dari kain langsir dan menarik nafas. Teman saya pun begitu. “Sabar ok.” Kami memujuk diri kami. Alhamdulillah berjaya juga kami selesaikan misi itu. Apa yang kami dapat? Kepuasan.. Ya, kerana melakukan amanah yang sepatutnya kami lakukan.

Walau apapun, siapapun diri kita. Setiap dari kita memiliki amanah itu.

Saya berasa sedikit kesal dengan nasib kita, kami dan diri saya sendiri kerana kebanyakan dari diri kita telah dididik sejak dari kecil agar belajar menjadi bijak menulis jawapan-jawapan di kertas peperiksaan. Kita tidak diberitahu, diajar dengan praktikalnya, bahawa “berjayanya” hidup kita bukan dengan hanya mendapat A1 dalam semua subjek, bukannnya dengan mendapat 4.o, bukannya dengan mendapat distinction,bukannya dengan mendapat gelaran “prof,dato’,dr…etc” tetapi, berjayanya kita apabila kita mampu memaknai hidup kita dengan acuan yang ditetapkan Allah. Tidak kisah siapa pun kita. Tukang cuci ke, peguam ke, blogger ke, cikgu ke..anyone.

Kesannya, ramai teman-teman hari bertungkus lumus, bersungguh-sungguh belajar ke menara gading. Mereka yang berada di menara gading pula, bersungguh-sungguh,berhabis-habisan mahu mendapat gred yang baik untuk menyambung pelajaran lagi. Alhamdulillah bagus sekali semangat ini. Semangat berkobar-kobar untuk menuntut ilmu. Tetapi, sedihnya, hanya berapa kerat insan yang benar-benar beramal dengan ilmu mereka? Selebihnya, meletakkan ilmu tertulis dibuku, disijil, bukan diasimilisasi dan dihadam untuk kehidupan harian (bukan menjadi akhlak mereka). Suasananya, timbullah study just for da sake of Examination. Cikgu pun mengajar untuk topik-topik yang masuk examination sahaja. Jadi wujudlah suasana examination oriented .

Sedihnya, semangat belajar hanya betul-betul berkobar apabila mahu examination, bukan berpanjangan. Selesai sahaja examination.. “fuh, lega..”. Maka bermacam-macamlah aktiviti dirancang untuk menghilangkan stress semasa belajar tadi. “ keluar makan, berkelah, shopping, tengok cerita korea etc…”.. Seorang teman berkata “ Mana bole study terus.. otakpun penat juga. Perlu rehat..” Ada benarnya dalam kata-katanya. Tetapi, oleh kerana jiwa-jiwa muda ini tidak didik dengan misi dan visi terbesar kehidupan mereka,mereka akan mudah kalah dengan kelemahan fizikal mereka. Mereka akan mudah tenggelam dalam perjuangan yang tidak berpenghujung ini.. Berbeza bagi insan yang dididik, yang tahu dan “benar-benar “faham setiap hembusan nafas itu memilki amanah dan tujuan untuk diselesaikan. Maknanya, mereka tahu apa peranana dan visi mereka dalam hidup. Mereka ini, tidak akan berhenti sehinggalah mati yang akan datang menjemput mereka. Kerana hanya matillah tempat mereka berehat. Selagi belum mati,mereka akan terus berjuang.

Alangkah indahnya, jika semangat ini, ruh jihad ini mampu ditiup ke dalam setiap nafas-nafas kita. Agar kita sedar betapa masih jauh perjalanan kita. Betapa masih panjang cita-cita untuk kita capai. Kerana apa? Kerana Islam masih lagi diinjak, dipijak, dihentam. Betapa ramai saudara-saudara kita diseksa, dibunuh tanpa belas kasihan. Betapa ramai adik-adik kita dinoda nilai akhlaknya, malah disuntik dan dipakaikan dengan pakaian-pakaian jahiliah. Redhakah kita dengan keadaan itu?

Jika tidak, kenapa kita masih lagi boleh bersuka-suka, bergelak ketawa, malah masih berani lagi membelakangiNya… Jika itu, tunggulah!! Tungguhlah datangnya siksa dari Allah.

Jika tidak, bangunlah saudara-saudaraku..sedarlah. Kita punyai visi yang lebih besar.. yang memerlukan jiwa-jiwa yang besar..Untuk apa? Untuk Allah dan agamaNya. ISLAM.

Ayuh, sedarlah saudaraku…setiap nafas yang kita hembus itu adalah janji amanah kita kepada ALLAH..

“Mencari redha Allah….”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: