“Seteguh akar,selembut sutera”

Suatu masa, satu persoalan dilontarkan. Apa ada pada seorang wanita?

munajat

Duhai wanita,
Hadirmu sentiasa membentuk suasana,
Sentuhanmu mampu mengubah dunia,
Kata-katamu laksana siraman cinta,
Engkaulah sebaik perhiasan dunia…seandainya..
Engkau adalah wanita muslimah
Yang mengimani sang pencipta Allah
Yang memengang prinsip tanpa mengalah
Walau disogok dengan sejuta mehnah
Engkau tetap melangkah
Melaksanakan tarbiah dan dakwah
Yang tidak mengenal erti lelah
Mendidik generasi qudwah…
Biarpun engkau tidak sehebat sahabiah
Yang hebat pengorbannya
Yang petah dan indah dalam bicara
Yang sanggup korban segala
Demi janji dan cinta pada yang Esa
Namun..
Engkau yakin engkau adalah diantara yang teristimewa
Laksana permata dicelah kerdipan kaca
Engkau terpilih diantara berjuta
Untuk mendokong agamaNya
Walau payah menerpa
Walau sakit menggugah jiwa
Walau tersempit dihimpit dunia
Namun..Engkau tetap memengang janjimu padaNya
Kerana..
Engkau yakin janjiNya untuk bertemu disyurga..
Dengan itulah..engkau menjadi
Seteguh akar,selemnut sutera
Teguh berpegang pada prinsip dan kepercayaan
Teguh menghadapi dugaan demi mempertahankan
Teguh berdiri tanpa anjakan
Teguh mencengkam sebuah keyakinan
teguhnya dirimu..
Dihiasi dengan kelembutan..
Lembut dalam ketegasan
Dihiasi dengan hikmah senyuman
Akhlak mahmudah sebagai pakaian
Dengan itu… engkau telah membuktikan
Hadirmu..
Adalah sebuah perjuangan yang dinantikan..
Yang titik nokhtahnya engkaulah yang tentukan..
Kerana jalan hidup ini adalah pilihan..
Justeru itu…
Seandainya engkau mengerti,
Hakikat hidup ini
Pilihlah untuk menjadi dai’
Kerana tidak ada satupun yang kita miliki
Selain yang diberi
‘izzahlah, berbanggalah dengan kewujudan diri
Kerana mulianya kita adalah kerana deen islam ini..
Berdoalah..Semoga Allah mendidik diri
Menetapkan setiap nubari
Untuk terus mengembankan agama ini
Agar..
Diakhirat nanti..
Kita punyai jawapan cinta
Untuk dipersambah pada yang Esa
Sebagai bukti cinta kita
Untuk bertemu ditelaga Syurga..
Ameen ya rabbal ‘alamin..

Apa yang ada pada seorang wanita?..jawapannya ada pada setiap wanita itu sendiri. Wanita itu lebih berhak memberi jawapan akan perihal dirinya. Dia juga berhak menentukan pilihan dan perjalanan hidupnya sendiri. Sebagimana dia akan dipertanggungjawabkan bagi setiap amalan yang dia lakukan…

Semoga Allah mencerahkan setiap qalbu wanita dimuka bumi ini dengan wahyuNya, agar islam kembali lagi..

kerana wanitalah pendidik generasi…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: