Tinta berbicara…

Mungkin keputusan yang agak lama diambil untuk mewujudkan atau memiliki blog sendiri. Tetapi sebenarnya suatu masa dahulu pernah ada bloq, namun hanya sekejap sahaja kerana bloq tersebut terus menyepi tanpa pembaharuan.

Apabila memberitahu alasan itu kepada teman-teman yang bertanya kenapa tidak memiliki bloq, mereka terus bertanya; ” sibuk sangat ke?”. Saya tersenyum.’ye ke sibuk? Atau buat-buat sibuk?’ getus hati saya. Persoalan teman tadi saya biarkan begitu tanpa jawapan. Begitulah situasi yang menghantui saya. Pada permulaannya sangat bersemangat, tetapi apabila masa berlalu, semangat itu juga berlalu bagai angin lalu..Sebenarnya penyakit atau tabiat ini sangat berbahaya. Lebih berbahaya dari penyakit seperti selesema, kudis, chikegunya dan sebagainya kerana tabiat ini mampu menurunkan produktiviti diri seseorang. Segelintir orang memandang tabiat ini hanya perkara biasa dan suatu sifat yang tidak membahayakan tetapi hkikatnya, ian adalahn suatu sifat yang memudaratkan diri seseorang kerana banyak cita-cita dan matlamat diri tidak tercapai disebabkan memiliki sifat ini.

Memetik kisah dari sebuah buku motivasi hasil tulisan Ary Ginanjar Augustian yang bertajuk ESQ (Emotional Spritual Quotient). Penulis menyatakan, rata-rata peserta motivasi yang menyertai program motivasinya sangat bersemangat untuk mengubah dan membuat anjakan paradiqma dalam diri. Semangat mereka berapi-api semasa program. Namun, apabila penulis dan beberapa motivator lain membuat pemantauan susulan..hanya sekelumit sahaja peserta yang masih kekal dengan semangat itu, manakala yang lain..hilang di celah-celah cita-cita , angan-angan dan impian sendiri. Pepatah melayu juga ada menyebut ” seperti hangat -hangat tahi ayam”.

Boleh juga sifat ini dikaitkan dengan masalah pengurusan masa. Kerana insane yang menghargai masa pasti tidak memiliki sifat seperti ini. Allah berfirman: ” Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kebenaran” (103:1-3)

MOga-moga peringatan ayat Allah ini mampu menyedarkan hati yang terkadang lalai di buai kenikmatan dunia yang fana ini. Berbalik kepada kenapa saya tergerak hati untuk mewujudkan bloq ini.. InsyaAllah, saya akan menggunakan sebaik mungkin kebolehan atau kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya untuk mencapai redhaNya. Wujudnya bloq ini tidak lain dan tidak bukan tujuannya melainkan ingin berkongsi ilmu sesame insane. Sekiranya ada fakta atau tulisan yang tercatat dalam bloq ini membuatkan pembaca pening, konfius, tidak puas hati..saya nasihatkan rujuklah ustaz-ustaz yang di percayai akan kefaqihan ilmunya. Saya hanya sekadar pelajar yang masih lagi belajar dan masih lagi bermusafir yang bisa melakukan kesalahan. Untuk itu, sekiranya ada sebarang nasihat teguran saya amat alu-alukan.InsyaAllah.. Selamat membaca.. Moga-moga keberkatan dari Allah akan sentiasa menanungi kita.
” bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan”( 96:1)
Mencari redha Allah..

One response to this post.

  1. best la tgk blog yang hijau. saya memang suka hijau..terimbas kenangan p camping sek dulu2..dakwah mcm2 cara.mgkn slowly masuk dgn adik dia n sembang2… teruskan usaha murni ni…saya mendoakan supaya anda terus diberi kekuatan mengupdate blog nieeee…..jiddiyah

    Reply

Leave a comment